Pengenalan Kepada Microsoft Word (Borang Penyertaan Pertandingan)

22 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2020, telah diadakan Kelas ICT bertajuk Pengenalan kepada Microsoft Word bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini bermula dari jam 4:00 petang hingga 5:00 petang.

Pembelajaran kali ini ialah bersama salah seorang belia dalam komuniti Felda Pasoh 2. Pada kali ini, peserta belajar cara membuat borang pertandingan menggunakan Microsoft word. Staf memberi tunjuk ajar untuk menghasilkan borang penyertaan tersebut, pelbagai tools dalam Microsoft word seperti word art, Page border, shape, smart art dan table yang boleh diletakkan ke dalam borang tersebut bagi menjadikan obrang tersebut menarik. Selain daripada itu, peserta juga belajar memasukkan gambar dan menjadikan gambar tersebut sebagai latar belakang borang penyertaan tersebut. Semoga ilmu yang disampaikan kepada belia dapat memberi manfaat kepada belia untuk terus cemerlang dalam ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali